Saturday, 13 October 2012
Mengadu Pada Allah lebih Baik dari Mengadu di Blog
terlalu banyak benda terbuku dihati.....terlalu banyak benda yg nak diceritakan...tapi,untuk tidak mengaibkan sesiapa...hanya mengadu dekat Allah...dan byk istighfar...Ya Allah...berat sungguh...
Friday, 31 August 2012
Sleep Duration And Weight Gain
Bila tanya dekat org apa punca masalah kegemukan..sure ramai yg akan cakap makan berlebihan n kurang senaman.Almost 90% people yg akan jawab mcm tu.
However,there are studies which show people too little sleep have high risk weight gain.
The key contributing factors are the hormones called 'leptin' and 'ghrelin'.
Leptin is a protein hormone released from fat tissue and sends signals to the brain that affects regulating body weight and metabolism.if body fat increases,the amount of leptin secreted will increase.During your sleep,as leptin levels increase,it sends a signal to your brain that you have plenty of energy so there's no triggering of hunger or the need to burn calories.But when you don't actually need food at that time.Then it will take steps steps to store the calories you eat as fat so you'll have enough energy the next time you need it.The decrease in leptin brought on by sleep deprivation can result in a constant feeling of hunger and a general slow-down of your metabolism.
The other key hormone,'ghrelin',is secreted by the stomach when you are hungry and enhances your appetite.The purpose of ghrelin is basically the exact opposite of leptin.It tells your brain when you need to eat,when it should stop burning calories and when it should store energy as fat.People who don't sleep enough end up with too much of ghrelin in their system,so the body thinks its hungry and it needs more calories,and it stops burning those calories because it thinks there's a shortage.
Friday, 17 August 2012
Plateau Berat
Berat anda turun laju, anda sangat bersemangat untuk mengejar berat ideal anda. Tiba-tiba suatu hari berat tu dah tak mau turun dah, walaupun anda disiplin makan, bersenam tiap-tiap hari, minum air banyak etc.. Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, berat tak berubah-ubah. Last sekali anda terus putus asa dan terus kibar bendera putih, "Aku give up!" Tahukah anda yang badan anda sendiri menghalang berat anda dari turun?
Plateau Berat VS Plateau Lemak
Plateau berat ialah keadaan di mana penurunan berat badan jadi sikit atau tiada langsung. Jika berat anda tak berubah dalam masa 2 minggu, maksudnya penurunan berat gagal? TAK! Berat badan adalah terdiri daripada lemak, otot dan kandungan air badan. Bila kita rekod penurunan berat, ianya untuk (1) akauntibiliti (2) mengesan penurunan lemak. Bila kita naik penimbang dan tengok penurunan sekilo, kita beranggapan yang turun itu sekilo lemak, bukan otot dan air.
Jika anda timbang diri anda tiap-tiap hari, anda akan perasan yang berat anda naik dan turun, dalam 1-2kg. Perubahan berat tersebut adalah disebabkan perubahan peratus air dalam badan. Contohnya jika anda makan terlalu banyak garam, karbohidrat dan kurang minum air, badan anda akan MEMEGANG banyak air, dan ini akan meningkatkan berat. Jika anda minum banyak air dan berpeluh banyak sebab bersenam, berat anda akan turun kerana badan anda MELEPASKAN air. Nampak pelik, tapi ianya benar, lagi banyak anda minum air, lagi banyak berat anda turun. Disebabkan perubahan air dalam badan inilah anda dinasihatkan untuk timbang berat hanya sekali dalam seminggu. Tiada gunanya timbang berat hari-hari, atau 2-3 kali sehari, kerana ini akan "memainkan" fikiran anda dan seterusnya membuatkan anda putus asa kerana berat naik turun. Jadi jika berat tak berubah selama seminggu dua, ini mungkin berlaku disebabkan perubahan air dalam badan dan itu hanyalah plateau berat. Jika berat kekal tidak turun untuk 3 minggu, barulah jelas anda dalam proses plateau lemak.
Fakta Tentang Plateau Berat
1) Plateau adalah NORMAL
Bila anda nak turun ke berat ideal, anda akan tempuh 3-4 kali plateau. Jika anda masuk sekolah rendah, anda akan melalui Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 hingga ke Darjah 6. Bukannya anda masuk Darjah 1, tahun depan anda terus ke Darjah 6. Badan kita memang fitrahnya susah nak berubah dengan mendadak, ia akan berlaku dalam peringkat ke peringkat. Kalau penurunan berat tu senang, keliling kita akan penuh perempuan berbadan slim dan lelaki perut 'six-packs' je.
2) Lebih banyak berat anda turun, semakin kurang penurunan berat
Ini adalah asas matematik. Katakan penurunan berat ialah 1% dari berat badan per minggu. Jika berat badan individu A ialah 100kg, seminggu dia akan turun 1kg. Dalam sebulan penurunan berat A ialah -4kg, berat dia dah jadi 96kg. Bulan kedua, jika penurunan 1% ni kekal, seminggu A akan turun 0.96kg pulak. Bulan kedua penurunan beratnya jadi -3.8kg sahaja. Makin lama jumlah penurunan itu akan makin berkurang, itupun jika kekal konsisten 1%.
3) Semakin menghampiri berat ideal, cabaran jadi makin besar
Bukan saja penurunan berat jadi sikit, tapi tubuh kita juga akan bekerja lebih keras untuk memegang lemak sedia ada. Konsistensi kita juga mungkin semakin berkurang kerana semangat jadi kurang dan jadi bosan. Tabiat lama juga kembali datang seperti kembali minum air manis, kurang minum air, makan snek dan fast food, dll. Ditambah lagi dengan cabaran gaya hidup dengan masalah kerja, balik kampung, ahli keluarga sakit dll. Program penurunan berat badan yang diamalkan jadi terganggu dan terjejas.
3 Kaedah Untuk Melepasi Keadaan Plateau
1) Semak semula pengambilan kalori
Semakin berat menurun, metabolisma badan juga makin menurun. Ini kerana metabolisma adalah berkadaran dengan saiz badan. Mungkin semasa berat anda 100kg, anda perlu makan 2 pinggan nasi untuk kenyang. Bila berat turun ke 80kg, sudah tentu makan sepinggan nasi sahaja dah mencukupi. Kurangkan sumber makanan karbohidrat ringkas seperti nasi, roti putih, mee, mihun, tepung dan gula dan gantikan dengan karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Namun jangan terlalu banyak potong kalori, dikhuatiri kalori anda terlalu kurang dari kalori sepatutnya, ini akan menyebabkan 'crash diet'. Dapatkan nasihat coach anda untuk pengurangan kalori yang sesuai.
2) Kawal kalori 'tersembunyi'
Kebanyakan plateau mungkin berpunca dari kalori tersembunyi. Contohnya dari pemakanan snek yang tidak terkawal, gula dari makanan dan minuman, dan juga sos, mayo dan 'dressing' makanan. Untuk mengelakkan rasa terlalu lapar, boleh ambil snek di antara waktu makan seperti biskut dan buahan. Namun jika tidak dikawal, kadang kala termakan biskut dan buahan lebih dari kuantiti sepatutnya. Kadangkala makanan yang dipakej 'Less Sugar' mempunyai kalori lebih tinggi dari pakej biasa, jadi rajin-rajinlah baca label makanan. Jus buah dan susu berperisa selalu disangka minuman sihat, tapi kadang-kadang kandungan gulanya tinggi. Sos, mayo dan 'dressing' juga menambah gula ekstra dalam makanan.
3) Tingkatkan disiplin dan intensiti senaman
Jika anda bersenam untuk bantu penurunan berat badan, pada tahap tertentu badan anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan senaman sedia ada. Jika anda berjogging 2 pusingan, mungkin anda boleh naikkan ke 4 pusingan atau lajukan larian supaya catat masa lebih baik. Jika anda buat senaman beban, sebelum ni buat 8 ulangan, mungkin anda tingkatkan ke 12 ulangan. Badan kita perlukan cabaran baru untuk ia atasi, jadi rekodkan senaman anda dan buat perubahan yang sesuai. Juga tingkatkan disiplin diet pemakanan kita, kadangkala kita jadi leka dan tabiat buruk kita yang dulu mula kembali semula. Untuk mengawalnya, amalkan 'treat day'; satu hari dimana diet kita lebih rileks dan makan makanan yang kita ingini dalam kuantiti yang sederhana.
Dalam perjalanan anda untuk mencapai berat ideal, akan ada masa di mana anda rasa anda 'gagal' untuk mencapai tahap yang anda ingini seperti berat tidak turun dan diet tak menentu. Daripada anda terus putus asa, baik anda belajar dari pengalaman tersbut dan kenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan anda. Itu adalah proses pembelajaran diri sendiri. Fahamilah bahawa untuk merubah diri dan tabiat bukan kerja mudah namun ia boleh dilakukan. Penurunan berat badan ialah maraton, bukannya lumba pecut. Bila anda faham moto ini, anda akan lebih berjaya dalam tempoh jangka panjang.
Friday, 3 August 2012
Ramadhan Bersama Herbalife =0
Salam ramadhan semua...Alhamdulillah...2012 merupakan tahun pertama ramadhan sy bersama herbalife..sudah 14ramadhan bersahur HANYA dengan herbalife..teamix (hibiscus + lemon) and dutch chocolate shake...TANPA rasa lapar n perut sgt selesa..kalau nak compare munirah dulu masa sahur...tak tambah nasi tu bukan munirah la..tp la ni..mak pun terkejut minum shake n teamix ja ms sahur...boleh pulak tahan kan....dulu2 makan nasi tambah 2-3x pun ..time2 petang tu mula la rasa pedih2 perut n perut mula la bermain keroncong...tp sekarang...no more keroncong playing in my stomach....muahahaha...
Bangun utk sahur pun dah lewat dalam 5.30..mana sempat nak makan bnda2 yg lazat mcm nasi tu...so..tahun ni mmg azam minum shake je masa sahur..shake 3 scoop F1 dan air 300ml..bersertakan tea mix yg menyegarkan lagi membugarkan badan ku..fuhhh...perut rasa selesa je nak g solat subuh..kalau last year...lepas makan time sahur..mula la rasa liat..terus tido n mula la malas nk bangun g subuh...Alhamdulillah!thanx herbalife.
Hari ni,hari kedua mak start minum shake masa sahur...mak ada masalah masa time sahur...lepas makan je dalam 2 3 mulut nasi...mula la rasa nak uwek2 muntah..so,mak plan nak minum shake..alhamdulillah hari pertama mak minum shake dlm 200ml ke..mak xmuntah dah!yay!mak kata xlapar and perut rasa selesa ja..kan dah cakap..herbalife ni produk yg luar biasa..
(tetibe....)
.
Actually,sy makan herbalife ni bukan sbb utk kurus ke ape ke...saya ambik herbalife ni sbb sy tahu khasiat herbalife ni mmg sgt2 luar biasa...dulu mmg sy ni GILA dgn fast food..kalau seminggu tu dua tiga kali...sy tau yg fastfood mmg xbagus...tp dah nafsu makan mengatasi nafsu akal utk berfikir..maka...termakanlah benda2 yg xberkhasiat tu...sejak2 aktif dgn herbalife,Alhamdulillah sy dah kurangkan makan kfc,pizza,mcd dan mcm2 lagi la...yay!dapat jugak bt satu penghijrahan...!
And saya ni ada masalah malas utk turun g cafe utk makan..ye la,mane tak nye..hostel tingkat 5 with no lif ...huh..kalau balik kelas tu...samaada beli makanan siap2,xpun balik hostel terus n makan je maggi time malam...hahhaa...punyala malas hamba Allah ni...jalan penyelesaiannye adalah dgn minum shake je time dinner...xpayah la susah2 nk turun g cafe n jimat masa..sbb nak turun cafe kena siap2 la..pastu dah turun kafe tu mestila terserempak dgn classmate..pastu mula la bergossip gossipan..hahhaa..byk kan benefit kalau minum shake!yay!
p/s: kejap makan shake kejap minum shake..ntah pape bahasa aku ni..biasa la..orang kedah ni...kalau minum air pun dia ckp makan ayaq...oh teruknya bahasa melayu!maaf =)sebenarnya shake tu in a liquid form..so..kira minum shake la..hehhe..oks!
Produk Untuk Menguruskan Berat Badan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...entry kali ni nak cerita-ceritun la sikit pasai produk2 from herbalife ni..byk produk dia...tapi entry kali ni saya focus utk product menguruskan berat badan ...sy cuba pendekkan n simplekan ayat2 dia....
1.Formula 1-Nutritious Mixed Soy Powder Drink
-Diformulakan mengikut formula dari negara china iaitu setiap hari utk dapatkan makanan berkhasiat ia mesti terdiri daripada 7 types colour of fruits and vegetables *korang mampu ke setiap hari nak cari fruit n vege yg berlainan colour utk dimakan setiap hari?sy pun xmampu kot...nak g pasar pun dah xdak masa..nak pilih2 colour lagi...hoho...
- Ia mengandungi 55 nutrient penting utk badan kita yg terdiri drpd 8.7-9.9g protein,16 vitamin dan mineral,calcium.
-Ada 5 flavour mcm tropical fruit,strawberry,chocolate,vanilla dan cappucino.
- F1 ni membantu dalam pengurusan berat badan mcm nak kurangkan,maintain dan juaga menambahkan berat badan.
2.Formula 3-Blended Soy and Whey Protein Powder
-mengandungi 5g protein soya dan whey
-bantu utk tahan lapar dlm masa yg lebih lama dan bantu dalam pembakaran lemak.
-most important thing for boys out there,F3 helps in mucsle building *xpayah dah kot siang malam sampai xtido sbb g angkat berat dekat gym tu...makan F3 pun boleh membina musle..ngeh=)
-function whey protein ni jugak dalam mengurangkan risk utk mendapat sakit jantung or heart attack.
-and yg paling penting F3 ni no cholestrol which is all people hates =)
3.Tea Mix-Lemon & Hibiscus/Peach
-mempunyai dua flavour iaitu Lemon & Hibiscus dan Peach
-Ia membantu mengekalkan dan meningkatkan kecergasan
-Most important functions of tea mix adalah:
#A-Antioxidant
*mengelak potensi mendapat cancer dan fungsi as anti-penuaan...sape nak muka jadi tua kan.huhuh
#B-Burn fat
*lemak yg berlebih-lebihan dalam badan dapat dibakar dgn cepat..kita akan cpt rasa peluh bila minum tea mix ni...that means,our body tengah burn fats yg berlebihan dlm badan=)
#C-Cut Calorie
*setiap hari kalau kita nak kurangkan berat badan,kita kena makan kurang dari 1200kcal per day.so,let say mcm dlm sehari tu kita terlebih makan,tea mix ni akan cut calorie yg berlebiahn tu..tp jgn la sampai lebihan calorie tu mencecah 100kcal..melampau- lampauan dah tu.
#D-Detoxification
*membantu dalam penyingkiran lebihan toxin2 dalam badan.kalau mcm perempuan,kita patut bersyukur sbb kita datang bulan setiap month...so each menstruation kita dah dpt detoxify toxin2 yg jahat yg ada dalam badan kita yg selalu bt kita letih,cpt mengantuk lebih dr orang tua,no mood in doing anything n mcm2 lagi la..tp kalau lelaki..diorang dah la xder mentruation setiap bulan...mcm mana diorang nak buang all toxin tu...so..tea mix helps in dat way =)
#E-Energy
*bantu meningkatkan our metabolisma...sbb tu bila minum tea mix badan kita cpt berpeluh...seriously it works for me during final exam...tahap kecergasan maximum yg tiada tandingannya.Alhamdulillah=)
4.Herbal Aloe Concentrate
-Aloe Herbalife ni banyak ditanam di Mexico dan africa
-Gel didalam daun aloe vera ni merupakan satu campuran asli carbohydrate yg complex,yg mengandungi sifat2 yg melegakan(Dr.David Heber)
-it helps in digestive system with nutrient and enzyme from aloe vera.
*kalau terasa termakan byk kambing2,lembu,n mcm2 makanan yg berat lagi..just munim aloe concentrate ni...insyaAllah dlm masa yg singkat,tandas akan melambai2 menjemput kedatangan kita utk menunaikan hajat dihati =)
Saturday, 28 July 2012
# 1 Intro dlm berHL and berblog....
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dpt juga mencreate sebuah blog yg memang no idea nak tulis title ape...hahaa..mmg sy bukan seorang penulis yg hebat mcm orang2 lain...purpose buat blog ni pun sbb HERBALIFE...nak cerita kat orang ramai betapa luar biasanya product HERBALIFE ni...sure ramai orang penah dengar pasal product ni kan ...tp mesti ramai orang cakap...ala...ni ubat kurus...jgn percaya la...msti byk side effect...sy start makan HL ni october 2011..makan dlm ms 3weeks..then stop sbb xder budget nk beli HL...Alhamdulillah,zero side effect for me...berat maintain je..continue balik makan this year masa end of may..sampai la today...cukup la intro...hahhaa..next entry akan sambung dengan ramadhan with HL =)
Subscribe to:
Posts (Atom)







